Kursus Pembangunan Pelancongan Tempatan dan juga Kursus Malaysia Bersopan telahpun diadakan pada 17 &18 serta pada 24 & 25 Disember 2011 bertempat di Kolej Komuniti Masjid Tanah Melaka.
Aktiviti yang telah dijalankan:
Peserta diberikan taklimat mengenai kursus serta diberi pendedahan mengenai nilai-nilai murni dan adab kesopanan sebagai rakyat malaysia.
Latihan Amali: Peserta diberi peluang menjalankan tugas sebagai pemandu pelancong sambil dibawa melawat ke tempat-tempat menarik di Melaka seperti Taman Rama-rama, menaiki bot di Melaka River Cruise, dan tempat-tempat bersejarah di Melaka. (Gambar lain, Cari kami di flickr)




