Bengkel selama DUA hari ini mendedahkan peserta kepada nilai-nilai budaya dan adab kesopanan sebagai rakyat Malaysia yang perlu ada dalam diri. Bengkel ini memerlukan peserta menghadiri kelas teori selama satu hari dan latihan amali satu hari bagi mempraktikkan apa yang telah dipelajari.
Peserta akan mempelajari mengenai kemahiran perhubungan (communication skills), mengenalpasti amalan nilai kesopanan serta amalan kurang sopan yang perlu dielakkan.
Peserta perlu membuat persembahan atau role-play seperti bagaimana cara hidup bersopan ini boleh diamalkan dan amalan-amalan salah yang biasa dilakukan. Melalui persembahan berkumpulan ini, peserta akan dapat mengenalpasti perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam kehidupan sebagai masyarakat Malaysia yang dikenali dengan budaya berhemah ini.
Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas, peserta akan dibawa melawat ke tempat-tempat lawatan dan menjalani latihan amali di mana peserta perlu berhadapan dengan beberapa situasi serta mempraktikkan latihan berkomunikasi dan kesopanan.
Kursus ini bertujuan mengingatkan masyarakat tentang adab budaya dan nilai kesopanan yang seharusnya wujud dalam diri setiap bangsa dan rakyat Malaysia.




