Kursus selama DUA hari ini mendedahkan peserta kepada peluang pelancongan yang wujud dalam komuniti tempatan di bandar-bandar kecil atau di kampung-kampung. Kursus ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran di kalangan peserta bahawa setiap penjuru muka bumi ini boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan.
Kursus ini dijalankan secara teori iaitu peserta akan diberi gambaran secara umum mengenai pelancongan tempatan dan secara amali dimana peserta dibawa melawat ke beberapa tempat pelancongan bagi mendapat gambaran yang lebih sempurna.
Peserta akan diberi panduan bagaimana pelancongan boleh dibangunkan melalui sumber alam semula jadi, sejarah pembangunan setempat, adat dan budaya masyarakat setempat, makanan tempatan, permainan tradisional dan produk-produk kraftangan yang dihasilkan penduduk tempatan.
Disamping itu peserta turut digalakkan untuk berkongsi idea dan pendapat bagaimana untuk membangunkan industri pelancongan tempatan serta mengenalpasti lokasi yang boleh dijadikan daya tarikan pelancong.
IMPAK
Kursus ini mendedahkan peluang pekerjaan dan perniagaan dalam industri pelancongan kepada peserta.




