Kursus Tour Leader Umrah

Sebelum menghadiri kursus tour leader umrah, peserta diwajibkan menyertai kursus tour leader yang menerangkan secara keseluruhan berkenaan tugas-tugas seorang tour leader.  Kursus tour leader umrah ini ialah tambahan kepada mereka yang berminat untuk menjadi tour leader umrah.

Kursus intensif selama DUA hari ini bertujuan memberi latihan kepada peserta bagaimana untuk menjadi tour leader umrah.  Peserta diwajibkan menghadiri kelas teori sehari dan menjalani latihan amali sehari di lokasi yang berkaitan dengan kursus ini.

Dalam sesi teori, peserta akan diterangkan mengenai pengertian umrah, tawaf dan sa’i; adab-adab menziarah makam Rasulullah SAW, memberi salam dan wada’ kepada Rasulullah SAW; serta ciri-ciri sebagai tour leader umrah, tindakan-tindakan yang perlu diambil setelah dilantik menjadi tour leader umrah dan tugasan sebagai tour leader umrah.

Peserta juga akan menjalani latihan amali bagaimana cara-cara untuk memakai ihram; cara-cara mengerjakan tawaf dan sa’i; serta cara-cara bertayammum.  Selain itu, peserta akan diberi pendedahan dalam menguruskan jemaah semasa di dalam bas, di dalam kapal terbang, di tempat solat, di restoran dan di tempat lawatan.

Dengan menghadiri kursus ini, peserta akan beroleh pengetahuan dan pengalaman dalam mengendali jemaah, mengetahui cara-cara yang betul untuk menunaikan ibadah umrah, solat jamak dan bertayammum selain dapat membentuk personaliti peserta dan membina keyakinan diri mereka untuk menjadi tour leader umrah.

 
IMPAK
Setelah menjalani kursus ini para peserta layak menjadi seorang sebagai tour leader umrah sama ada secara sepenuh masa atau sambilan dan membuka peluang perniagaan di dalam industri pelancongan kepada mereka yang berminat.