Kursus tour leader domestik dan antarabangsa diadakan selama TIGA hari yang merangkumi latihan teori dan amali bagi mendedahkan peserta kepada peranan dan tanggungjawab sebagai seorang tour leader. Peserta diwajibkan menghadiri kelas teori sehari dan menjalani latihan amali dua hari di lokasi yang berkaitan dengan kursus ini.
Para peserta akan diberikan panduan berkenaan tindakan yang perlu dilakukan apabila dilantik menjadi tour leader seperti tindakan semasa di airport dalam negara, luar negara, menguruskan transit, hotel, dan pengangkutan serta panduan di dalam pengisian program semasa berada di dalam kapal terbang, bas atau tempat-tempat tarikan pelancong sepanjang lawatan.
Peserta akan turut menjalani latihan amali bagaimana menguruskan rombongan semasa di airport dalam dan luar negara, di dalam bas, di dalam kapal terbang, di hotel, di restoran dan di tempat lawatan. Peserta juga dilatih teknik berkomunikasi sebagai seorang tour leader dan diberi panduan mengenai aktiviti yang boleh dilakukan bersama rombongan semasa dalam perjalanan dari satu tempat lawatan ke tempat lawatan yang lain.
Setelah menghadiri kursus ini, peserta akan mendapat pengetahuan dan pengalaman dalam menguruskan rombongan, berkomunikasi dengan baik, membentuk personaliti peserta dan membina keyakinan diri untuk menjadi seorang tour leader yang berkarisma.
IMPAK
Peserta juga layak menjadi seorang tour leader domestik ataupun di peringkat antarabangsa sama ada secara sepenuh masa atau sambilan dan membuka peluang perniagaan di dalam industri pelancongan kepada mereka yang berminat.




