Shine Academy adalah sebuah institusi unggul yang pakar dalam menggilap keupayaan kapasiti individu, organisasi serta masyarakat melalui kursus yang inovatif, kreatif serta efektif.
Kami menyediakan penyelesaian untuk menghadapi cabaran yang paling sukar dan sebahagian daripadanya adalah:
1. Merapatkan jurang antara pendidikan dan industri:
Contohnya: Kurang daripada 10% graduan pelancongan bekerja dalam industri pelancongan.Penyelesaian: Program “Industri Pelancongan Peluang Kerjaya & Perniagaan”. Dibangunkan untuk melatih dan membekalkan sumber manusia yang kompeten bagi memenuhi keperluan industri pelancongan.
2. Kekurangan latihan formal di kalangan pengamal industri:
Isu ini mengekang kemajuan kerjaya individu serta melembabkan pertumbuhan perniagaan sesebuah syarikat.Penyelesaian : Program “Sijil Kerjaya” dalam pekerjaan yang dipilih. Gabungan daripada empat “Sijil Kerjaya” ini akan memperolehi “Diploma Eksekutif”.
3. Perkhidmatan pelanggan yang lemah dan daya pengeluaran yang rendah:
Sikap negatif terhadap kerja serta kekurangan budi bahasa adalah punca kepada masalah tersebut.Penyelesaian : Transformasi melalui “Bengkel Malaysia Bersopan”. Bengkel ini membentuk sikap positif terhadap kerja serta melahirkan masyarakat berbudi bahasa dan sesuai untuk semua golongan masyarakat
4. Kekurangan kemajuan & pembangunan di kawasan kampung dan bandar:
Situasi dimana penduduk tempatan ingin meninggalkan kawasan kediaman dan orang luar tidak mahu mengunjungi tempat tersebut.Penyelesaian : Program “Kursus Pembangunan Pelancongan Tempatan”. Memperkasakan masyarakat untuk menyerlahkan potensi yang tersembunyi pada pelaburan yang minimum.
5. Membiarkan emosi menjadi kelemahan kita bukan kekuatan:
Kebanyakan rakyat Malaysia tidak kekurangan IQ tetapi mereka kekurangan EQ(Kecerdasan Emosi).Penyelesaian : Program pembangunan diri yang menggabungkan ujian dalam talian. Mengetahui diri sebenar melalui Malaysian Emotional Quotient Inventory (MEQI).
6. Kekurangan latihan kepada pekerja industri pelancongan:
Shine Academy menawarkan kursus pelancongan untuk pengurusan kanan dan barisan hadapan dimana para peserta akan menerima sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan.
7. Kegagalan memenuhi impian untuk melancong serta menambah pendapatan:
Contohnya: Ramai anggota masyarakat yang ingin melancong tetapi tidak berkemampuan serta ramai juga yang ingin menambah pendapatan tetapi tiada pekerjaan yang sesuai.Penyelesaian : Program “Kursus Tour Leader”. Membangun potensi diri untuk menjadi seorang tour leader sambilan atau sepenuh masa seterusnya memenuhi impian untuk melancong serta menambah pendapatan.
8. Tidak berpeluang memenuhi keinginan mengerjakan ibadah umrah:
Contoh : Terdapat ramai orang Islam yang ingin mengerjakan ibadah umrah tetapi tidak berkemampuan dan tidak berilmu.Penyelesaian : Program “Kursus Tour Leader Umrah”. Dibekalkan dengan ilmu mengerjakan ibadah umrah serta dilatih menjadi seorang tour leader umrah yang berkaliber sama ada sepenuh masa atau sambilan.






